tidak ku sangka akhirnya kenangan indah bersama barangan kesyganku lenap begitu
sahaja tanpa jejak. Kesedihan ku pendamkan sahaja dalam hati dan aku yakin ada
hikmah disebalik yang berlaku. Allah menguji hambanya ada sebab kerna DIA mahu
menguji sejauh mana keimanan, ketabahan dan kesabaranku dalam ujianNYA. Tatkala
itu jua, DIA ingin melihat adakah aku akan terus menyalahkan @ melupakanNYA.
Alhamdulilah, kerna ujian ini aku semakin dekat dan aku ingin lagi mendekatiNYA
dan mencintaiNYA lebih daripada segala – galanya.
Tipu jika aku tidak nangis dan ujian kali ini benar2 menguji
hatiku dan ketika itu tanpa sedar air mata yg lama ku simpan akhirnya menitis.
Kekuatan aku semakin down dan kenangan2 bersama mereka berlegar2 dlm fikiranku.
Ya Allah, aku tak tahu sejauh mana hatiku mampu bertahan.
Ujian 1 – 14/11/2011, antara 6.30 ptg ke atas, kecurian di rumah
Sesampai je aku di depan pintu rumah, ku dapati grill x berkunci. Dlm hati kuat mengatakan arissa
(housemate) dah balik. Aku seperti biasa membuka pintu dan menolak. Terkejut
sekejap terlihat baju arissa bersepah2 dpn pintu rumah (Hati dh mula berdegup
kencang). Still think positif mkgn arrissa nak balik kg kot (x logic cause baju
bersepah). Aku masuk dgn langkah berjaga2 dan smpi ditengah2 ruang tamu hatiku
makin cepat berdegup. Segera ku arahkan K.amy utk ke bilik check kalu ada
something yg pelik. Mmg benar jangkaan ku yang rumah kami dimasuki pencuri. Aku
segera call polis kerna tkt2 kalu pencuri tu masih ada dkt2 rumah kami. Check
keseluruhan dlm bilik & first yg
aku nmpk kotak cincin yg terbuka. So maknannya cincin yg pernah ku syg diambil
org. Tapi hati org yg berikan cincin itu pun sudah diambil org 3 tahun yg lepas. Allah dah tunjukkan
bukti kisah pertunangan perlu ku lupakan utk slamanya dan ku harus bukakan hati
ni utk insan lain. Ku relakan pemergian cincin itu dan tuan yg pernah miliki
cintaku.
Ujian 2 – sebulan selepas
ujian 1, antara 7.oo ptg, kecurian di rumah
Ingatkan kisah kecurian tidak ulang kembali kerna kami dah letak
kunci yg sukar utk dibuka. Tetapi di ceruk manakah pencuri itu masuk???Ajaib
betul la. Ketika kejadian ini aku di Putrajaya, Arissa yg call aku bgtau rumah
dipecah masuk. Terkejut x terkata la sb hati dah rasa selamat tp selamat
sementara. Periksa demi periksa, akhirnya dah dpt tmpt yg strategic utk mencuri
iaitu grill dapur. Mmg pandai la pencuri ni dan kami jgk yg kurang bijak. Rupa
– rupanya mangga pada grill dapur tu hanya hiasan shj. X ada keselamatan
langsung dan kali ni brg yg mmg aku syg sb ini hasil titikpeluh aku ketika aku
blaja. Aku sanggup tidur x lena dgn menjual topup utk dptkan kamera. Nasib x
menyelebahi aku akhirnya ianya juga meninggalkan aku seperti cincin. Aku masih
lagi blh bertahan tanpa airmata, tanpa bercerita pada ibuku. Alhamdulilah, kini
rumah tu selamat dan aku selesa.
Ujian 3 – 23/6/2012,
antara 1.00 – 4.00 ptg, Tesco ampang
Kejadian yg telah membuatkan anggota tubuh badaanku mengeletar
dan air mata aku akhirnya jatuh. Kete k.amy dipecahkan dan brg yg paling aku
syg, my laptop. Ya Allah, x terkata aku
dibuatnya. Nmpk aku kuat tp dlm hati aku ni terlalu sedih. Aku redha dgn Ujian
Allah swt ini tp tipulah jika kata aku x lemah. Nama pun wanita lagi2 aku yg
luaran kasar tp dlman sgt sensitive. Aku gagahi juga lalui hari itu tp
senyumanan gelak ketawa xmampu menyembuhkan rasa sedih di hati. Aku kehilangan
sesuatu yg amat ku cintai kerna utk dptkan laptop itu betapa sukarku tempuhi.
Aku terpaksa menebalkan muka dgn meminta pertolongan kawanku dgn meminjam duit
utk membeli laptop dan aku bayar secara ansuran menggunakan duit blaja. Aku
tidak suka menyusahkan my parent dan selama ini aku blaja mmg hasil usaha duit
biasiswa dan pinjaman ku. Bertungkus lumus utk aku dptkan kptsn yg terbaek.
Tetapi apa akan daya my heart pergi jgk mengikut cincin dan kamera. Itulah
peneman, penghibur dan pendengar cerita hatiku. Itu Diari hatiku saat aku
gembira, ketawa, meminati seseorg dlm diam, muram mahupun sedih semuanya ku
simpan dlm my heart. Entah kenapa aku terasa nak balik Pahang???Aku x per nah
give up mcm ni..Dulu aku beria2 nak keje KL skrg????Ya Allah, kuatkan hatiku
ini…..Kini aku masih dlm kesedihan dan x mampu nak ku luahkan. Rasa mcm kosong
je fikiran dan otakku…. sapekah mampu temani aku seperti my heart…..Tapi aku x
lupakan Allah kerana dia tetap Kekasih Hatiku smpi penghujungnya……
No comments:
Post a Comment