Pages

Saturday, June 23, 2012

Cinta kerana Allah (episode 2)

Sambungan Cinta kerana Allah....

Ibu tidak menyalahkan ku di atas incident yg berlaku wpun sedikit sebanyak ianya membuat kaki ibu makin teruk. Sejak itu, aku la ibu dalam rumah tu. Setiap pagi akan ku pastikan semua kerja rumah siap dilakukan sebelum aku ke sekolah. Sarapan pagi, bersihkan rumah, membasuh dan ape2 yg dilakukan oleh seorang suri rumah tangga. Aku x pernah merungut walaupun kerja itu ku lakukan sendirian. Pernah jugak ibuku marah kerna tidak mengejut adikku untuk membantu tp aku membisu. Bagiku kerja itu seakan2 mudah dan ianya pun sudah menjadi rutin harian ku.

Ibuku akan bangun mandi ketika matahari sedang naik meninggi. Kenapa????kerna ibuku tidak boleh mandi di awal pagi saat sejuk tak terkata pasti kaki dan tangannnya akan membengkak. Pernah jugak ku sarankan agar mandi air panas tp ibuku menolak sebab bila dah biasa dgn air panas smpi bila2 ketagih mandi air panas. Sekitar 10 am ibu ku akan bangun mandi dan ayahku yg menolong utk angkat ibuku duduk di kerusi roda. Kadang2 ibuku sendiri menguatkan diri untuk bergerak ke kerusi roda. Aku sekali sekala membantu kerna badanku tidak seperti ayah yg kuat tenaganya. Pernah jugak ku membantu tp nyaris2 nak jatuh. Aku jadi fobia tp itu x membuat aku mengalah. Aku tetap cuba dan terus mencuba wpun ibuku lebih berat dariku. Tatkala ayahku sibuk diluar mencari rezki, ibuku akan belajar bangun sendiri menaiki kerusi roda. Pernah jugak aku mencuri2 lihat kekuatan ibuku menaiki kerusi roda. Di saat itu cepat airmataku berlinangan kerna aku x dpt bayangkan jika aku di tempat ibuku. Adakah aku sekuat itu???

Dalam berumah tangga memang ada pergaduhan kecil mahupun besar. Tapi itu semua adat dlm hidup berumahtangga. Aku bangga dengan ayah dan ibuku, walaupun ibuku sedemikian rupa ayahku tetap menjaganya dan ibuku juga berusaha menyediakan kelengkapan yang seharusnya utk ayahku walaupun dia sedar kemampuannya bukan seperti orang normal. Betapa bahagianya aku melihat mereka dan kebahagiaan itu menjadikan aku kuat menempuhi segalanya. Demi mencapai impianku, ibu terpaksa merelakan aku pergi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Berat hati ibuku melepaskan aku pergi tapi mgkn ni cara untuk aku belajar berdikari dan mmg aku anak yg blh berjauhan ngan family. Aku blaja untuk jadi dewasa since aku form3 di mana after pmr aku dah blaja mencari duit sendiri utk persekolahan ku.

Since aku di perantauan, aku still berhubung ngan ibuku bertanya khabar. Kadang2 berlinangan airmataku tatkala mnedengar kerja rumah ibuku lakukan. Maklumlah sebelum ni tugasan tu dipikul aku sendirian tp kini kembali ke tangan ibuku. Tp sejak aku di perantauan, sifat marah cepat je dtg lg2 bila aku dgr adikku x membantu. Rasa geram pun ada tp salah aku jugak sb x didik dia jadi adik yang blh membantu. Aku tetap meneruskan pembelajaran aku tp cuma bila aku kesunyian pasti aku akan teringat ibuku. Aku doa agar tiada ape yg berlaku tatkala aku di perantauan. Pernah sekali tu, hati aku sedih sgt dan x mampu nk ditunjukkan pada sesiapa. Ketika itu ibuku call n tell me dia jatuh kat bilik air ketika nak mop lantai. Nada aku terus berubah dan entah mcm mane aku seakan mrh kerna doktor pernah pesan ibuku tidak boleh melakukan sesuatu yg berat lg2 mop lantai yg mampu mengakibatkan sesuatu yg x dijangka. Selesai aku bercakap ngan ibuku berderai airmata jatuh dan disaat itu aku ingin sahaja pulang ke rumah. Kalu blh aku nak ibuku hanya duk seperti permaisuri dan yg lain mampu aku uruskan sendiri tp aku belajar dan aku jauh dari mereka. Tangisan yang aku sendiri tidak sedar bila berhenti, sedar2 je dah pagi n aku terus bersiap untuk ke kelas.

Keadaan ibuku semakin teruk dan tulang lutut hampir hancur. Doktor sarankan agar ibuku melakukan pembedahan dan masukkan besi. Perkara yang ibuku fikir adalah kos pembedahan. Bukan beratus tp beribu2, ke mana harus kami cari duit itu lg2 aku masih blaja. Mungkin ini rezki Allah swt, doktor sanggup bayar separuh duit dr pembedahan tu dan lagi separuh ayahku perlu cari. Untungnya, ayahku pesara tentera dan mmg Angkatan tentera malaysia menjaga kebajikan staffnya wpun ayahku sudah pencen. Alhamdulilah dan gembira x terkira kerna ibuku bakal normal seperti biasa. Tanpa melengahkan masa pembedahan dijalankan dan aku sendirian menunggu ibuku di bilik pembedahan yg mengambil masa selama 8 - 9 Jam. Walaupun penat tp aku tetap terus menunggu kerna aku ingin melihat sendiri ibuku selamat. Airmata aku mencurah2 jugak saat aku menolak ibuku masuk ke dalam bilik pembedahan dan ketika itu ibuku lena dibuai mimpi dek kena bius. Dalam penungguan itu berzikir dan berdoa tetap kuar dari mulutku kerna aku yakin akan kebesaran Kekasih Hati (Allah swt)..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...