Pages

Saturday, December 21, 2013

HaRi - HaRi IstimeWa

Menghitung hari......

X sampai 15 hari lagi.....
dup dap dup dap...
semoga perancangan berjalan lancar
wlpun krisis melanda2
hati gusar & gelisah

Jika benar ini yang ditentukan ku...
Ku menerima seadanya
ku sedia menerima apa ada padanya
Tapi ku mohon dia mampu membahagiakan ku

Jika sampai waktu itu..
termeterai la satu janji ikatan
Tarikh & waktu yang bakal
disatukan menjadi hubungan yang halal di sisiMU
tiada lagi suara2 penghancuran / perosak

Debaran hitung hari itu hanya sekecil sahaja
debaran hari sebenar hanya Allah je tahu
Moga diberkatiNYA
Moga semuanya menjadi realiti dalam impianku..

Friday, October 18, 2013

Si Gerak Gempur (01)

Lamanya x tulis blog
so masa yg terluang boring tahap dewa
(padahal paper byk x bertanda...huhuhuhu)
kebosanan ini terasa nk coretkan sesuatu
tentang ape ye..???????
ok dah jumpa!!!!!

Si Gerak Gempur (dh mcm masuk askar pulak)

Dia yang x kusangka orangnya
kenal mengenal hanya waktu yg singkat
akhirnya dia berani hingga ke saat ini
dalam nekad mengambilku sebagai penyeri hidupnya

Pengenalan kami bermula 2 June 2013 / 8.00pm
Pertemuan pertama Tesco Ampang 
Pandangan pertama si dia padaku terus diabadikan dlm hatinya
Begitu bernilai diriku padanya

Perkenalan yang diaturkan oleh parent my BFF
sekadar melihat gambarku pada mulanya pada hari itu
dan pada hari itu juga menemuiku
akhirnya pada hari itu jua dia memilihku sebagai penyeri hidupnya
dalam satu hari hatinya tanpa ragu2
tercatat namaku ......

first time merasai diri dicintai oleh orang lain
padahal dulu bercinta diri sendiri terlalu obses 
mencintai insan yg x pernah menghargai cinta ini
Memang benar jodoh akan hadir tanpa diduga
walaupun kita pernah kecewa.

mengenal satu sama lain sepanjang satu hari
dan mendengar ceritanya . . .  
datang ke KL untuk menghadiri kenduri & mencari jodoh
dah macam cerita P.Ramlee pulak
dalam mindaku mgkn saje tokok tambah
tapi itu benar belaka . . . 
kerna niatnya yg didatangi Sebentuk cincin emas & gelang emas
dihulurkan pada parent My BFF akan niatnya
Agak teruja aku mendengar ceritanya
tp peratusan kepercayaan hanya 50%
Tetapi bila ku cari pembuktian itu
100% kepercayaab itu wujud

Mungkin niatnya baik Allah permudahkan segalanya. . . . .

Menerima sepenuhnya masih dalam kesamaran
maklumlah hati pernah dilukai dan trauma masih berlegar2
Kesetiaan & Nekadnya dia terbukti utk kali ke dua
Di mana satu tragedi yg x dpt aku lupakan
sampai kini bila disebut kehilangan brg bernilai
pasti airmataku akan berlinang dlm kelopak mata

pada 2/7/13 6.30 ptg
tragedi yg x mampu aku lupakan
di mana aku di rompak dalam rumahku sendiri
(syukur pencuri dah ditangkap & bakal dihukum)
gara - gara mencari penyewa bilik 
habis semua barangku hilang termasuk cincin pemberian si dia
cincin bakal utk disarungkan ke jari manisku pada hari indah kami
cincin dijari tidak smpi 24 jam hilang begitu
diriku sedih sgt2 kerna itu brg bernilai
yg aku sendiri x mampu mengantikannya
kerna harganya begitu mahal dlm hatiku
tetapi di saat itu dia memahami & x pernah marah
baginya diriku lebih berharga dari cincin emas tu
Ya Allah masa tu aku sayu sgt dgr luahan hati dia
Seharian dia menemaniku menyelesaikan segalanya
menemani aku yg x lekang dek airmata. . . 
Ketika itu juga dia sanggup ambil emergency leave
semata - mata nk memastikan aku dpt selesaikan semuanya
IC, Lesen dan Kad Bank
pengorbanan yg x dapat aku lupakan . . . . . .

¬ continue. . . . . . bersabar ye ¬


Monday, May 27, 2013

Minda kosong...tangan ku capai mencoret sesuatu..

Minda ku yang kosong merasakan masa itu lambat bergerak...
Kepenatan semalam masih lagi terasa
Kepenatan dalam hati tak terucap / tak terluah

Ku biarkan alat komunikasiku berkeadaan 'senyap'
Ku biarkan ianya itu penuh dengan sms pengirim
Ku biarkan skrin memaparkan miscall yang berulang2
Bukan kerna ku marah
Bukan kerna ku benci
Bukan kerna ku bosan
Tetapi kerna ku ingin bersendiri.....

Memahami, mengenali dan menyelami diriku sebenar
agak susah dan agak rumit
Adakah hidupku ini ditakdirkan bersendiri??
Adakah hidupku ini ditakdirkan berhujan masalah??
Adakah hidupku ini ditakdirkan kesunyiaan??
Adakah hidupku ini ditakdirkan menyayangi hanya dalam diam???

Ya Allah, tidak pernah ku merungut mahupun ku menyalahkan nasibku
Kerna aku sedar & aku teringat
Ucapan ustaz " sebelum menyalahkan sesuatu, fikirkan dulu kesalahan sendiri apa kesilapan yang telah kita lakukan...mungkin itu hukuman untuk kita. Perbaikilah Insya Allah dipermudahkan"
Tersentak jiwa ini, menitis airmataku dalam diam
Ku mengakui kesalahan & kesilapanku YA ALLAH
ku perlukan pimpinanMU agar aku mencintaiMU selagi ku bernafas

Ku mencari kekuatanku....
Ku mencari kesabaranku....
Ku mencari ketabahanku...
Ku mencari kasih, sayang dan bahagiaku...
DariMU Ya Allah.....

Aku perlu berubah untuk akhlakku
Aku perlu berubah untuk jiwaku
Aku perlu berubah untuk kebahagiaanku jua orang kesayanganku
Aku perlu berubah untuk sebuah CINTA ILAHI

Bimbing, didik dan ajariku menuju jalanMU



Tuesday, May 14, 2013

Pilihanku tanpa jawapan....

Entah kenapa harus ku memilih keputusan itu???
Kesunyian, kesedihan, kedukaan & kesepian
semuanya kerna hatiku
bukan kerna aku tidak sayang, tidak bahagia
aku ingin merebut sayang itu
aku ingin merebut bahagia itu
tetapi layakkah aku
tetapi mampukah aku

Inilah diriku sehingga kini
melihat kebahagiaan org yg tersayang tetapi diri sendiri

Harus ku luahkan pada siapa???
hanya DIA tempat ku mengadu / bersujud / meminta
bersihkan jiwa, hati dan naluriku YA ALLAH
ku minta jangan dilukai semula
ku mohon jangan disakiti
ku bersujud sembuhkan ia....

Mental dan fizikal tidak mampu
menahan gelora yang berlaku ini...
Tabahkan hatiku kembali..
berikan ku jalan terbaek agar aku tidak tersasar ke jalan yang salah

Jika DIA ditakdirkan untuk ku..
aku terima dia seadanya...
jika dia membaca, memahami dan mendengar
hati ini menerima Mu seadanya
biarlah susah & senang bersama
biarlah rintangan & dugaan kite rempuh bersama
kerna itu jalan ku pilih

Jangan kau gusar akan diriku
dikala hidup bersamamu dugaan melanda
aku x akan berganjak selagi kau masih semangatku
aku akan rebah jika dirimu hilang dariku...
Inilah diriku......

Ku telah lalui pelbagai rintangan
mungkin ada saat ku seakan rebah
tetapi jika ada tongkat
pasti aku akan kuat untuk bangkit semula....

Maafkan diriku kerna membiarkan hubungan ini sepi tanpa cinta
tetapi percayalah
ku ingin mencari kekuatan
ku ingin mencari kesabaran
ku ingin mencari ketenangan
Mungkin aku terlalu naif dalam cinta...
tetapi cinta itu tak lari jauh
cinta itu sentiasa tersemat
cinta itu tidak akan luntur
hilang dan lenyap jika itu ketentuanNYA

Tuesday, April 30, 2013

Impian hatiku....

Jodoh adalah ketentuan Allah..
x salah jika kita merancang & mengimpikannya
Kerna kita mempunyai naluri hati
setiap naluri hati seorang manusia tidak sama
seperti juga diriku...
tetapi tidak akan ku lupakan kekaseh utamaku Ilahi
DIA tempat ku mohon & luahkan segalanya

Ku impikan untuk berkeluarga seperti wanita @ ibu2 di luar sana
ku impikan impian ini tercapai sebaek sahaja
genap aku menjangkau usia 28 tahun
bermakna tahun ini adalah tahun terakhir
ku bergelar bujang
tetapi aku redha jika belum tiba masanya
kerna semua itu ketentuan Allah

Sebelum diijab kabul harus ada calonnya
Siapakah dia????
Masih mencari & menanti...
Ku menerima seadanya yang sudi mengambilku sebagai penyeri hidup
tetapi biarlah dia mampu memimpin ku ke jalan Ilahi
Mampu mengimamkan diriku & anak2...
Allah Maha Mengetahui lelaki manakah layak utkku...

Bukan harta mahupun paras rupa yang ku kejar
kerna ianya sementara di dunia
tetapi keimanan yang ku pilih
kerna ilmu Allah yang akan kekal selamanya

Ku mohon sahabat2 dan keluarga mendoakan
agar dipertemukan dan disatukan dengan seseorang
yang benar2 layak untukku...
mendoakan kebahagiaanku...
agar naluri keibuan yang tersimpan semat dapat direalisasikan

Ku juga tidak lupa akan DIA
sujud & doa sentiasa ku pohon
istiqamahlah wahai hatiku.....AMIN

Friday, April 26, 2013

29 April 2013 - Isnin

Someone....

Terlalu special pernah terletak dihatiku
Dia terlalu sempurna berbandingku
Layakkah aku???persoalan yang pernah bermain dihatiku

Pandang kiri, pandang depan, pandang kanan & pandang bawah...
Ya Allah, betapa rendahnya diriku bila disampingnya
Jawapan layak ke tidak diriku ini....totally aku reject Ho
(bermain2 dengan ayat statistik)

Kemerduaan suara pernah membuka pintu hati ini
untuk menerima cinta dari insan bernama lelaki
Kesopanan tingkah lakunya membuat aku
terpesona dan terkaku melihatnya
Penjagaan penglihatannya membuat aku
benar2 terpukau akan dirinya yang sebenar

Ya Allah, kau hadirkan dia depan mataku
Ya Allah, kau biarkan aku mendengar kemerduaan suaranya
Ya Allah, kau biarkan aku berdegup kencang tatkala disebelahnya

Kenapa dihadiahkan kemunculan dia untukku???
Adakah kerna Engkau (Allah) ingin kan aku merasai semula makna cinta?
Setelah bertahun2 aku membina tembok hati untuk insan bernama lelaki...
Kejam ke aku ini dek kerna cinta yang pernah terputus tengah jalan

Ku pernah idamkan jika dia benar milikku...
Impian dia bakal membimbingku ke jalan yang benar
setelah ku rasakan diri ini seakan tersasar jauh dari cinta ILAHI
Impian dia bakal mewarnai keluargaku dengan ilmu agamanya
setelah ada kesedaran dalam keluargaku mengenai takdir Allah
Impian dia bakal mendidik bakal anak2 kami menjadi khalifah Allah
setelah cahaya kelembutannya memancar menusuk hatiku

Tetapi impian tidak semestinya menjadi kenyataan kan....
Cinta x semestinya memiliki..
cukuplah cinta ku untuknya kekal dalam hati...
cintaku padanya atas kerna cintaku pada ILAHI
Terma kasih Ya Allah kerna pernah kurniakan rasa cinta ini
selama 7 bulan penantianku dan cinta itu masih tersemat rapi
sehingga kini....

Wahai cahaya,
Ku doakan agar kau dipertemukan dengan insan yang benar2 layak untukmu
agar dia menjagamu lebih sempurna dariku
agar dia dapat melahirkan zuriat seperti dirimu
agar dia menjadi tulung rusuk kirimu yang begitu utuh
agar dia mampu menceriakan mahligaimu

Selamat Ulangtahun kelahiran ke 28.....Doaku untukmu sentiasa kuiringi


Monday, April 8, 2013

Si kecil pengikat hati dan penyejuk jiwa...

Hepy x terkata2 melihat telatah anak2 kecil
begitu juga anak2 ku...
dah lama x bermain, bergurau & manja dgn mereka
tetapi hati mereka masih mengingatkan kite
merindu kite
menyayangi kite....

alangkah indahnya jika mereka sebesar itu
dan hati mereka semurni, sejujur itu..
tetapi ciptaan Allah itu pasti membesar & terus membesar
Lepasan rasa rindu pada damia & aleesya
walaupun bukan darah dagingku
bukan lahir dari rahimku
anak2 kecil tetap anakku...

kerna mereka mampu membuatku rasa gembira
dengan telatah yang lucu lahir dari hati mereka tanpa rasa pura2
Semalam bermain dengan damia (My Bff daughter)
Comel & lincah...
puas bergerak sana sini seperti anak lelaki
tetapi kanak2 harus aktif jgn hyper..
Aleesya (anak abang BFF) pula 
memaparkan mimik muka yang agak serius tetapi kelakar
bila lapar dia suakr senyum
tetapi bila dah kenyang senyum melebar..
so lepas ni dah blh detect bila dia lapar & mengantuk..hahahha

Indah & bahagia bila dihadiahkan si kecil comel molek
yg lahir dari rahim kite sendiri
cemburu melihat wanita2 hamil diluar sana
cemburu x la sampai tahap desperate kawen
kdg2 bila bersendiri melihat bakal2 ibu berjalan ditaman
tangan tu tanpa dipaksa memegang sendiri rahim sendiri
dalam fikiran "bila agaknya rahim ini diisi, merasai keunikan ciptaan allah 
ada sesuatu yg hidup dalam rahim"
Bila tersedar segera ku mengucap.."Astagfirullah al azim"
Ya Allah, kuatnya khayalanku..
tetapi bila bercakap dengan hati tidak salah jika itu keinginanku
tetapi biarlah mengikut cara islam yang betul...
sabar dalam penantian...

Dapat juga aku memegang baby baru 6 hari lahir melihat dunia (My Bff son)
kekok juga memegang baby yang baru ni
maklumlah semuanya masih muda
takut2 terpeliut mane2 bahagian..huhuhu
tetapi di saat memegang baby
aku rasa sesuatu...
sesuatu yang aku sendiri x mampu nak tafsirkan
rasa mcm anak sendiri tetapi tidak
melihat wjaah mereka
bibir tidak putus2 untuk menciumnya...
memandang mereka hatiku begitu damai & sejuk
mampu membuatku tersenyum
kalau boleh tangan yang mendukung mereka tidak mampu melepaskan mereka

Keresahan, Kedukaan Kesedihan
Wajah si anak kecil mampu melenyapkan semua..
Ku doa agar keinginan ku dipermudahkan...

Layan  gambar anak2
Muhammad Khalish (2/4/13)
Anak2 ku Aleesya & Damia
Baby boy Haziq



Cepat2 capture.....masing2 dh nak main

Khalish dh mandi..time to sleep

canteknye mata dia ...sepet ikut his mom

bedung2 jgn x bedung
khalis paling tidak suka air...huhuhuhu


bila la masa ku....hahhaha

aunty nak gmbr...

teruknye ku...khalish nak tido dikacau

selamat melelap matamu wahai bidadaraku...

damia yang aktif wpun kedai makan..hee..

wah best dpt air milo..cian ayah & ibu bergilir2 makan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...