Pages

Sunday, June 17, 2012

CInta kerana Allah...(episode1)

Laju je tangan aku untuk menulis blog ni. Entah kenapa ketika aku mencari sinopsis Cinta Sepanjang Hayat. Ku bertemu dgn blog ni cinta tak bernoktah. Disaat ku baca airmataku berlinang kerna cerita ini sama seperti cerita kehidupanku sebelum ini. Jom kita imbas kembali cerita itu (siapkan tisu disebelah ye) agar ianya sentiasa ingatkan aku dlm bercinta perlu memilih Cinta kerana Allah swt bukan kerana nafsu kekal selamanya....

Since aku form 1 ibuku sudah mulai sakit kaki gara2 demam panas ketika berkerja  di kem Askar n9. Ketika itu ibuku masih bisa berjalan seperti orang normal tetapi tatkala membersihkan rumah mahupun membasuh kain pasti tangan dan kakinya akan bengkak. Aku la insan yg akan mengambil alih semua tugasnya wpun ibuku garang tidak seperti ibu2 yang lain tapi garangnya amat bermakna untukku skrg kerja seorang suri rumah adalah kerja rutinku dan kini menjadi kerja yang paling aku minati

Hari demi hari berganti minggu berganti bulan dan berganti tahun, kaki dan tangan ibuku still begitu pabila berendam dgn air mahupun duk dlm sejuk akan membengkak dan saat itu ibuku sukar utk melakukan kerja2 hariannya tetapi betapa cekalnya hati ibuku untuk menambah pendapatan ayahku dia sanggup bekerja menjadi tukang masak disek rendah. Alhamdulilah sek itu hanya dpn perumahanku. Tambahan pula, ibuku tegar bangun pagi utk menyiapkan nasi lemak dan kuih muih utk dijual mmg aku anak perempuan yg diharapkan mereka so aku diajar bangun seawl 4 pagi ( remaja lain ketika itu asyik dibuai mimpi indah) bagi membantu membungkus nasi lemak dan menggoreng kuih2 mmg tanganku ada skill utk membungkus kot sb bungkusan aku pasti dipuji pelanggan kerna kekemasannya.

Ketika aku form 3, aku sudah mula pandai bawak moto. Maklumlah aku ni pantang nmpk abg2 lebih pandai so aku pun nk jgk mcm diorg. Dah macam anak lelaki aku ni tp mmg aku seakan2 anak lelaki kerna semuanya pasti jatuh ke bahu aku samada membuat kptsn, menegur ataupun membantu keluarga menambah pendapatan. Satu hari, ibu ku ingin ke kedai, so aku merelakan hati utk membawa ibuku. Dalam perjalanan ke kedai seberang jalan, sepatutnya aku ikut jalan raya tapi sb x pakai helmet so aku decide guna jambatan (dah pendek tp x sedar diri). Ibuku dah tegur supaya gunakan jalan besar, maklumlah nk jadi sehebat abgku jadi ku teruskan niat itu. Disaat2 aku meniti jambatan entah mcm mane kaki ku terasa atas angin dan akhirnya aku serta ibuku jatuh ke dlm longkang. nasib baik, along aku ada ikut dari belakang cause dia rasa x sedap hati. alhamdulilah x jadi ape2 tp masa tu seminggu kot aku x makan sb rasa bersalah dan takut. kalau nak tahu, aku adalah anak mudah nangis dan cepat takut ngan family. kalau ada keslhn yg aku lakukan dan pabila kena marah cnfirm seminggu blh buat aku x makan. betapa sensitifnye hatiku padahal luaran nmpk kasar.

agak kelakar bila ingatkan tp kelakar itu yg buatkan aku rasa bersalah sehingga kini kerna disebabkan kemalangan itu, kaki ibuku semakin teruk. Mujur aku masih bersekolah dekat dan kerja rumah semua aku lakukan. Bila malam aku pasti menangis sebab tgk kesakitan yg ibu ku tanggung. lama - kelamaan sakit ibuku itu semakin parah dah akhirnya ibuku mampu duduk di kerusi roda.

# tergantungkan..hehhee...mata dah ngatuk so ikuti kisah selanjutnya nanti....#




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...