Pages

Sunday, June 3, 2012

Kembali kepada normal...

Title je dah menunjukkan pelik....slama ni aku abnormal ke??hahhaa geli hati mendengarnya. Bukan abnormal dari segi pemikiran tau tapi dari segi hati. Hatiku pernah dimiliki oleh seorang insan yg kini sudah bergelar suami pada wanita yg bertuah..Aku redha dengan ape yg berlaku. Mungkin dia bukan ditakdirkan untukku..Family juga byk menasihatiku agar melepaskan insan yg bukan lagi milikku..Sepenuhnya telah ku lepaskan dan ketika itu juga hadir satu cahaya yang tidak pernah ku alami sekian lama. Cahaya yang telah membuka semula hatiku setelah 3 tahun membeku...tetapi aku tidak meluahkan pada insan itu tetapi pada Allah swt kuserahkan semuanya kerna jika ia benar milikku pasti Allah swt akan jodohkannya untukku..akhirnya penantian demi penantian dan aku redha kerna keyakinan dalam hatiku menyatakan dia bukan milikku. bukan aku mengalah tetapi aku dapat rasakan dia bukan milikku dan dia berhak dapat wanita yg lebih solehah dariku. Aku masih banyak kekurangan yang perlu dibaiki berbanding dia yang begitu sempurna dimataku. Ku lepaskan ianya begitu sahaja tanpa kata. Biarlah rasa cintaku padanya hanya Allah swt yang mengetahuinya dan aku jadikan cinta itu Cinta pada Allah swt. Alhamdulilah tidak ada sedikit pun rasa sedih ketika hati ini benar2 melepaskan dia. Insya allah akan ku istiqamah bersujud padaNYA agar hati ini sentiasa tenang dan damai. x lama lepas tu..., mungkin ini ujian yang Allah berikan padaku kerna hadirnya seorang insan yang sanggup menemani dan memahami hatiku. Insan ini terlalu baik bagiku tidak ada cacat celanya. Ketika aku sedih dia hadir menghiburkan, ketika aku sunyi dia hadir menemani, ketika aku gembira dia hadir untuk menambahkannya. Dia ku rasakan dah sebati dalam hatiku dan ku terima cintanya. Allah swt itu Maha Mengetahui jodoh sebenarku dan insan itu hanya sementara. Mungkin ini ujian Allah berikan agar aku redha dan tidak melupakan DIA jika apa yang terjadi dalam hubungan ini. Aku dan insan ini pernah berjanji kita kami tidak dijodohkan kami redha menerimanya kerna Allah yang menentukan segalanya. Akhirnya hubungan ini berakhir dan aku kini kembali solo. Family ku tidak merestuinya dan aku redha, mungkin mereka inginkan yg terbaek dalam hidupku. Mereka tidak ingin aku kembali hancur seperti dulu dan aku mengerti...Kini ku serahkan semuanya pada Allah swt. DIA lebih Maha Mengetahui dan Maha Menentukan. DIA tahu siapa jodoh yang terbaek utkku. Aku serahkan semuanya pada Ilahi dan jika benar ada insan yang mencintaiku, datanglah berjumpa ibu dan ayahku untuk mendapat restu. Ku beri sepenuh kepercayaan pada Ibu dan Ayah untuk jodohku. Biarlah mereka yang memilih untukku dan disamping itu istiqamah dalam berdoa turut ku lakukan. Aku inginkan insan yang benar2 blh mendidik dan memimpinku ke jalan Allah swt. Tidak ku pilih paras rupa mahupun kekayaan tetapi biarlah kekayaan ilmu agama.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...