Pages

Friday, February 15, 2013

Sabar itu indah.......

Entah pada sape harus ku luahkan segalanya
Tawar dan pahit yang ku telan kini
Manisnya entah bila ku rasai

Segala yang ku rancang hanya nama sahaja
Mungkin kesilapan padaku
Terlalu mengagungkan perancangan yang belum diketahui kejayaannya
Akhirnya tumpas begitu sahaja

Peritnya Ya Allah
Kini hadirnya ujian yang aku takut untuk tempuhi
Ku takut tidak setabah yang difikirkan

Perancangan berumahtangga musnah begitu sahaja
Si dia menyepi sejak 12/01/2013
Tanpa sebarang pesanan
Tanpa sebarang sebab
Tanpa sebarang alasan
Sukar untuk ubati jiwa dan hati ini
Apakah salahku???

Perancangan menyambung pendidikan diperingkat tinggi(master)
Lebur begitu pabila ku tahu
Begitu sukar untuk dapati
Kerna sesuatu pengurusan
Apakah tidak berhak untuk lebih berilmu????

Kini aku dilanda masalah family
Semuanya tertumpu padaku
Pabila problem aku jua diluahkan tetapi
Pabila problem diriku sape untukku luahkan
Sape yang boleh menemaniku
Sukarnya menjadi anak tengah dan anak perempuan sulung

Jika aku berumahtangga kelak
Apa yang akan berlaku??
Jika aku tiada..
Berfikir panjang untukku menerima kehadiran insan lain
yang bergelar suami untuk saat ini....
Adakah aku hanya layak untuk bersendiri????

Kekuatan ku ini hanya kerna Allah swt
ku tahu DIA lebih mengetahui segala tersurat & tersirat hatiku
DIA tempat ku menangis
DIA tempat ku mengadu
DIA tempat ku menagih cinta & rindu
DIA kekasihku kini dunia & akhirat....
ALLAH swt...

#wanita diluar sana, kuatkan dirimu menempuh ujian. Walaupun kita dikategorikan sebagai insan yang lemah tetapi kita kuat sebenarnya kerna kita ada ALLAH swt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...