Pages

Thursday, February 28, 2013

Dunia ke 2 ku.....

Kini aku mempunyai 2 kerjaya...
mungkin agak letih tetapi ini yang ku rasa perlu
bagi mengilangkan segala rasa sedih & sunyiku kerna sesuatu
menghilangkan rasa rinduku pada family yg jauh
termasuk anak2 ku..

Kini ku bergelar cikgu di pusat tuisyen
kerjaya yang sama iaitu mendidik
cuma di sini aku mendidik anak2 kecik yang sedang membesar remaja
mereka sangat cute...

Bila panggil nama cikgu tu manja sgt
dah macam anak2 pulak
tetapi seronok wpun penat
alhamdulilah rezki Allah kurniakan bertambah2

Best jika ada anak sendiri
tetapi Allah inginkan aku belajar mencintaiNYA lebih dari cinta manusia
ku terima & redha segala yg berlaku
ada hikmahnya
wpun tipu ku katakan hati ini tidak sakit
sakit hanya mampu ku tanggung seorang diri
tipu jika tidurku tanpa airmata
kadang2 jatuh jua membasahi pipi tatkala melihat kebahagiaan pasangan lain
Doa yang ku mampu pohon agar Allah pertemukan ku dengan seseorang...

Kini masa ku dipenuhi dengan riuh rendah anak muridku..
Ku berjuang untuk mereka berjaya
Untuk anak2 ku di Tuisyen
Kan Cikgu curahkan segala ilmu ini
agar kau bakal menjadi insan yang berilmu dan berguna
walaupun terpaksa ku korbankan masa ku
demi mu anak2 ku.......
Kini kau penyeri hatiku....

ANaK2 ku DarJah 3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...