Pages

Monday, May 27, 2013

Minda kosong...tangan ku capai mencoret sesuatu..

Minda ku yang kosong merasakan masa itu lambat bergerak...
Kepenatan semalam masih lagi terasa
Kepenatan dalam hati tak terucap / tak terluah

Ku biarkan alat komunikasiku berkeadaan 'senyap'
Ku biarkan ianya itu penuh dengan sms pengirim
Ku biarkan skrin memaparkan miscall yang berulang2
Bukan kerna ku marah
Bukan kerna ku benci
Bukan kerna ku bosan
Tetapi kerna ku ingin bersendiri.....

Memahami, mengenali dan menyelami diriku sebenar
agak susah dan agak rumit
Adakah hidupku ini ditakdirkan bersendiri??
Adakah hidupku ini ditakdirkan berhujan masalah??
Adakah hidupku ini ditakdirkan kesunyiaan??
Adakah hidupku ini ditakdirkan menyayangi hanya dalam diam???

Ya Allah, tidak pernah ku merungut mahupun ku menyalahkan nasibku
Kerna aku sedar & aku teringat
Ucapan ustaz " sebelum menyalahkan sesuatu, fikirkan dulu kesalahan sendiri apa kesilapan yang telah kita lakukan...mungkin itu hukuman untuk kita. Perbaikilah Insya Allah dipermudahkan"
Tersentak jiwa ini, menitis airmataku dalam diam
Ku mengakui kesalahan & kesilapanku YA ALLAH
ku perlukan pimpinanMU agar aku mencintaiMU selagi ku bernafas

Ku mencari kekuatanku....
Ku mencari kesabaranku....
Ku mencari ketabahanku...
Ku mencari kasih, sayang dan bahagiaku...
DariMU Ya Allah.....

Aku perlu berubah untuk akhlakku
Aku perlu berubah untuk jiwaku
Aku perlu berubah untuk kebahagiaanku jua orang kesayanganku
Aku perlu berubah untuk sebuah CINTA ILAHI

Bimbing, didik dan ajariku menuju jalanMU



Tuesday, May 14, 2013

Pilihanku tanpa jawapan....

Entah kenapa harus ku memilih keputusan itu???
Kesunyian, kesedihan, kedukaan & kesepian
semuanya kerna hatiku
bukan kerna aku tidak sayang, tidak bahagia
aku ingin merebut sayang itu
aku ingin merebut bahagia itu
tetapi layakkah aku
tetapi mampukah aku

Inilah diriku sehingga kini
melihat kebahagiaan org yg tersayang tetapi diri sendiri

Harus ku luahkan pada siapa???
hanya DIA tempat ku mengadu / bersujud / meminta
bersihkan jiwa, hati dan naluriku YA ALLAH
ku minta jangan dilukai semula
ku mohon jangan disakiti
ku bersujud sembuhkan ia....

Mental dan fizikal tidak mampu
menahan gelora yang berlaku ini...
Tabahkan hatiku kembali..
berikan ku jalan terbaek agar aku tidak tersasar ke jalan yang salah

Jika DIA ditakdirkan untuk ku..
aku terima dia seadanya...
jika dia membaca, memahami dan mendengar
hati ini menerima Mu seadanya
biarlah susah & senang bersama
biarlah rintangan & dugaan kite rempuh bersama
kerna itu jalan ku pilih

Jangan kau gusar akan diriku
dikala hidup bersamamu dugaan melanda
aku x akan berganjak selagi kau masih semangatku
aku akan rebah jika dirimu hilang dariku...
Inilah diriku......

Ku telah lalui pelbagai rintangan
mungkin ada saat ku seakan rebah
tetapi jika ada tongkat
pasti aku akan kuat untuk bangkit semula....

Maafkan diriku kerna membiarkan hubungan ini sepi tanpa cinta
tetapi percayalah
ku ingin mencari kekuatan
ku ingin mencari kesabaran
ku ingin mencari ketenangan
Mungkin aku terlalu naif dalam cinta...
tetapi cinta itu tak lari jauh
cinta itu sentiasa tersemat
cinta itu tidak akan luntur
hilang dan lenyap jika itu ketentuanNYA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...