Pages

Friday, June 29, 2012

Kuatkan hati......

Ya Allah, kadang2 x mampu utk aku tanggung sorang2
Begitu besar dugaan ini padaku
satu2 masalah dtg dan pada sape harus ku adukan rasa sedih dlm hati ini.... :'(

My laptop dah pergi jauh dari hatiku, kini putra & latisya yang hadir
kurang sikit kesedihan hatiku
Kini masalah lain pulak yg timbul & x selesai lagi
Kunci Rifdah harus ku tukar dan anggaran bayaran tu paling krg pun 300
Habis duit simpanan bulan ni
Dtg pulak masalah lain P1max x settle lagi
broadband kecik kat phg so nak kena terminate cpt2
cause t x pasal2 byr dlm 100..
adoi....terseksanya aku kat sini...
nak baik kmpg paling tidak 200 mesti ada cause minyak + tol
lagi best perlukan  tenaga yg perlu tp x mampu kot dgn keadaan aku skrg
ntah kenapa sejak akhir2 kaki dan tangan aku cpt sakit n cramp....risau kot
nak cari driver blm masa & blm muncul
aku bg my sis settelakan dan kena buat surat rasmi pulak sbgi wakil dia terminate p1max

Skrg masalah my brother...kul 12 mlm ni kena amik dia kat lcct
tp kat mane pulak aku nk bg tido ni
cause tadi my mom call x bg adik paling bongsu balik tanpa suami dia
x jadi aku nk hntr my brother umah adik
adoiii...pening la..
aku jugak nak kena settlekan...
Adik aku srg ni mmg nak kena asah je otak dia, padahal dah ada suami..
suami pun  kdg2 nak je aku mrh sb ikutkan sgt ckp bini...
dah tau adik aku tu muda so tegas la...igtkan dia tu dah jadi bini & ibu
x perlu nak ikut hati muda yg terlampau tu
tp itu semua serahkan kat aku

Kat phg lain pulak citenye..
ibu ku mengadu pula kat aku pasal rumah...
aku dah ckp buat ikut kemampuan, buat ikut keselesaan
skrg lepaskan marah pada abg & ayah kat aku
aku mampu dengar je...
kena jugak membantu segi kewangan sebab ada part yg x siap
lari lagi bajet....
nak jerit tp x mampu.......

Rasa marah jugak kat diri ni
x mampu nak kuat...ada masalah je menangis..
tp itu mampu legakan hatiku...
kalau tidak confirm aku sakit....
Habis semua tanggungjawab jatuh pada aku
x pernah aku merungut wpun mmg itu yg aku tanggung since remaja
wpun ku bukan anak sulung
but kdg2 terasa penat & aku simpan dlm hati
aku redha ngan ape yg berlaku but aku cuma perluka kekuatan
kekuatan aku skrg pada anak2 tp diorg jauh
aku kekurangan kekuatan tp aku tahu Allah sentiasa ada berikan kekuatan padaku
cuma aku perlu dinasihat dan diberi semangat

bantulah berikan aku semangat itu wahai insan2 di luar sana

Wednesday, June 27, 2012

My sweet hearts....

Kehadiran putra dan latisya menyembuhkan kesedihanku
skrg mereka adalah buah hatiku..
Putraku....
Insya Allah, akan ku pelihara sebaik mungkin makhluk ciptaan Allah
wpun mereka tidak seperti manusia
tp mereka jgk seperti kita inginkan kehidupan yg bahagia

Manusia bahagia jika ada insan yg dicintai dapat hidup bersama
Disaat itu dptlah bergurau senda, bermanja - manjaan dan berkongsi - kongsian
Sesiapa yg dijadikan manusia inginkan semua itu
tipulah jika aku tidak impiankan seperti ini
tp mgkn masanya utk aku bukan skrg
mungkin akan hadir hari itu
siapakah insan itu???Hanya Allah yang mengetahuinya

Latisyaku....
Biarlah kini aku bahagia dgn putra & latisya
biarlah aku bergurau senda, bermanja - manjaan dan berkongsi - kongsian dgn mereka
Jika sedih aku ada mereka
Jika aku gembira aku ada mereka
Jika aku ingin kongsi luahan hati, aku ada mereka
PUTRA & LATISYA

LOVE U ALL Putra Latisya
Temaniku....




Tuesday, June 26, 2012

Ujian Allah swt....

tidak ku sangka akhirnya kenangan indah  bersama barangan kesyganku lenap begitu sahaja tanpa jejak. Kesedihan ku pendamkan sahaja dalam hati dan aku yakin ada hikmah disebalik yang berlaku. Allah menguji hambanya ada sebab kerna DIA mahu menguji sejauh mana keimanan, ketabahan dan kesabaranku dalam ujianNYA. Tatkala itu jua, DIA ingin melihat adakah aku akan terus menyalahkan @ melupakanNYA. Alhamdulilah, kerna ujian ini aku semakin dekat dan aku ingin lagi mendekatiNYA dan mencintaiNYA lebih daripada segala – galanya.
Tipu jika aku tidak nangis dan ujian kali ini benar2 menguji hatiku dan ketika itu tanpa sedar air mata yg lama ku simpan akhirnya menitis. Kekuatan aku semakin down dan kenangan2 bersama mereka berlegar2 dlm fikiranku. Ya Allah, aku tak tahu sejauh mana hatiku mampu bertahan. 

Ujian 1 – 14/11/2011, antara 6.30 ptg ke atas, kecurian di rumah   
             Sesampai je aku di depan pintu rumah, ku dapati grill  x berkunci. Dlm hati kuat mengatakan arissa (housemate) dah balik. Aku seperti biasa membuka pintu dan menolak. Terkejut sekejap terlihat baju arissa bersepah2 dpn pintu rumah (Hati dh mula berdegup kencang). Still think positif mkgn arrissa nak balik kg kot (x logic cause baju bersepah). Aku masuk dgn langkah berjaga2 dan smpi ditengah2 ruang tamu hatiku makin cepat berdegup. Segera ku arahkan K.amy utk ke bilik check kalu ada something yg pelik. Mmg benar jangkaan ku yang rumah kami dimasuki pencuri. Aku segera call polis kerna tkt2 kalu pencuri tu masih ada dkt2 rumah kami. Check keseluruhan dlm bilik  & first yg aku nmpk kotak cincin yg terbuka. So maknannya cincin yg pernah ku syg diambil org. Tapi hati org yg berikan cincin itu pun sudah diambil  org 3 tahun yg lepas. Allah dah tunjukkan bukti kisah pertunangan perlu ku lupakan utk slamanya dan ku harus bukakan hati ni utk insan lain. Ku relakan pemergian cincin itu dan tuan yg pernah miliki cintaku.

Ujian 2 – sebulan selepas ujian 1, antara 7.oo ptg, kecurian di rumah     
                     Ingatkan kisah kecurian tidak ulang kembali kerna kami dah letak kunci yg sukar utk dibuka. Tetapi di ceruk manakah pencuri itu masuk???Ajaib betul la. Ketika kejadian ini aku di Putrajaya, Arissa yg call aku bgtau rumah dipecah masuk. Terkejut x terkata la sb hati dah rasa selamat tp selamat sementara. Periksa demi periksa, akhirnya dah dpt tmpt yg strategic utk mencuri iaitu grill dapur. Mmg pandai la pencuri ni dan kami jgk yg kurang bijak. Rupa – rupanya mangga pada grill dapur tu hanya hiasan shj. X ada keselamatan langsung dan kali ni brg yg mmg aku syg sb ini hasil titikpeluh aku ketika aku blaja. Aku sanggup tidur x lena dgn menjual topup utk dptkan kamera. Nasib x menyelebahi aku akhirnya ianya juga meninggalkan aku seperti cincin. Aku masih lagi blh bertahan tanpa airmata, tanpa bercerita pada ibuku. Alhamdulilah, kini rumah tu selamat dan aku selesa.

Ujian 3 – 23/6/2012, antara 1.00 – 4.00 ptg, Tesco ampang
                       Kejadian yg telah membuatkan anggota tubuh badaanku mengeletar dan air mata aku akhirnya jatuh. Kete k.amy dipecahkan dan brg yg paling aku syg, my laptop. Ya Allah, x terkata  aku dibuatnya. Nmpk aku kuat tp dlm hati aku ni terlalu sedih. Aku redha dgn Ujian Allah swt ini tp tipulah jika kata aku x lemah. Nama pun wanita lagi2 aku yg luaran kasar tp dlman sgt sensitive. Aku gagahi juga lalui hari itu tp senyumanan gelak ketawa xmampu menyembuhkan rasa sedih di hati. Aku kehilangan sesuatu yg amat ku cintai kerna utk dptkan laptop itu betapa sukarku tempuhi. Aku terpaksa menebalkan muka dgn meminta pertolongan kawanku dgn meminjam duit utk membeli laptop dan aku bayar secara ansuran menggunakan duit blaja. Aku tidak suka menyusahkan my parent dan selama ini aku blaja mmg hasil usaha duit biasiswa dan pinjaman ku. Bertungkus lumus utk aku dptkan kptsn yg terbaek. Tetapi apa akan daya my heart pergi jgk mengikut cincin dan kamera. Itulah peneman, penghibur dan pendengar cerita hatiku. Itu Diari hatiku saat aku gembira, ketawa, meminati seseorg dlm diam, muram mahupun sedih semuanya ku simpan dlm my heart. Entah kenapa aku terasa nak balik Pahang???Aku x per nah give up mcm ni..Dulu aku beria2 nak keje KL skrg????Ya Allah, kuatkan hatiku ini…..Kini aku masih dlm kesedihan dan x mampu nak ku luahkan. Rasa mcm kosong je fikiran dan otakku…. sapekah mampu temani aku seperti my heart…..Tapi aku x lupakan Allah kerana dia tetap Kekasih Hatiku smpi penghujungnya……

Saturday, June 23, 2012

Cinta kerana Allah (episode 2)

Sambungan Cinta kerana Allah....

Ibu tidak menyalahkan ku di atas incident yg berlaku wpun sedikit sebanyak ianya membuat kaki ibu makin teruk. Sejak itu, aku la ibu dalam rumah tu. Setiap pagi akan ku pastikan semua kerja rumah siap dilakukan sebelum aku ke sekolah. Sarapan pagi, bersihkan rumah, membasuh dan ape2 yg dilakukan oleh seorang suri rumah tangga. Aku x pernah merungut walaupun kerja itu ku lakukan sendirian. Pernah jugak ibuku marah kerna tidak mengejut adikku untuk membantu tp aku membisu. Bagiku kerja itu seakan2 mudah dan ianya pun sudah menjadi rutin harian ku.

Ibuku akan bangun mandi ketika matahari sedang naik meninggi. Kenapa????kerna ibuku tidak boleh mandi di awal pagi saat sejuk tak terkata pasti kaki dan tangannnya akan membengkak. Pernah jugak ku sarankan agar mandi air panas tp ibuku menolak sebab bila dah biasa dgn air panas smpi bila2 ketagih mandi air panas. Sekitar 10 am ibu ku akan bangun mandi dan ayahku yg menolong utk angkat ibuku duduk di kerusi roda. Kadang2 ibuku sendiri menguatkan diri untuk bergerak ke kerusi roda. Aku sekali sekala membantu kerna badanku tidak seperti ayah yg kuat tenaganya. Pernah jugak ku membantu tp nyaris2 nak jatuh. Aku jadi fobia tp itu x membuat aku mengalah. Aku tetap cuba dan terus mencuba wpun ibuku lebih berat dariku. Tatkala ayahku sibuk diluar mencari rezki, ibuku akan belajar bangun sendiri menaiki kerusi roda. Pernah jugak aku mencuri2 lihat kekuatan ibuku menaiki kerusi roda. Di saat itu cepat airmataku berlinangan kerna aku x dpt bayangkan jika aku di tempat ibuku. Adakah aku sekuat itu???

Dalam berumah tangga memang ada pergaduhan kecil mahupun besar. Tapi itu semua adat dlm hidup berumahtangga. Aku bangga dengan ayah dan ibuku, walaupun ibuku sedemikian rupa ayahku tetap menjaganya dan ibuku juga berusaha menyediakan kelengkapan yang seharusnya utk ayahku walaupun dia sedar kemampuannya bukan seperti orang normal. Betapa bahagianya aku melihat mereka dan kebahagiaan itu menjadikan aku kuat menempuhi segalanya. Demi mencapai impianku, ibu terpaksa merelakan aku pergi menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Berat hati ibuku melepaskan aku pergi tapi mgkn ni cara untuk aku belajar berdikari dan mmg aku anak yg blh berjauhan ngan family. Aku blaja untuk jadi dewasa since aku form3 di mana after pmr aku dah blaja mencari duit sendiri utk persekolahan ku.

Since aku di perantauan, aku still berhubung ngan ibuku bertanya khabar. Kadang2 berlinangan airmataku tatkala mnedengar kerja rumah ibuku lakukan. Maklumlah sebelum ni tugasan tu dipikul aku sendirian tp kini kembali ke tangan ibuku. Tp sejak aku di perantauan, sifat marah cepat je dtg lg2 bila aku dgr adikku x membantu. Rasa geram pun ada tp salah aku jugak sb x didik dia jadi adik yang blh membantu. Aku tetap meneruskan pembelajaran aku tp cuma bila aku kesunyian pasti aku akan teringat ibuku. Aku doa agar tiada ape yg berlaku tatkala aku di perantauan. Pernah sekali tu, hati aku sedih sgt dan x mampu nk ditunjukkan pada sesiapa. Ketika itu ibuku call n tell me dia jatuh kat bilik air ketika nak mop lantai. Nada aku terus berubah dan entah mcm mane aku seakan mrh kerna doktor pernah pesan ibuku tidak boleh melakukan sesuatu yg berat lg2 mop lantai yg mampu mengakibatkan sesuatu yg x dijangka. Selesai aku bercakap ngan ibuku berderai airmata jatuh dan disaat itu aku ingin sahaja pulang ke rumah. Kalu blh aku nak ibuku hanya duk seperti permaisuri dan yg lain mampu aku uruskan sendiri tp aku belajar dan aku jauh dari mereka. Tangisan yang aku sendiri tidak sedar bila berhenti, sedar2 je dah pagi n aku terus bersiap untuk ke kelas.

Keadaan ibuku semakin teruk dan tulang lutut hampir hancur. Doktor sarankan agar ibuku melakukan pembedahan dan masukkan besi. Perkara yang ibuku fikir adalah kos pembedahan. Bukan beratus tp beribu2, ke mana harus kami cari duit itu lg2 aku masih blaja. Mungkin ini rezki Allah swt, doktor sanggup bayar separuh duit dr pembedahan tu dan lagi separuh ayahku perlu cari. Untungnya, ayahku pesara tentera dan mmg Angkatan tentera malaysia menjaga kebajikan staffnya wpun ayahku sudah pencen. Alhamdulilah dan gembira x terkira kerna ibuku bakal normal seperti biasa. Tanpa melengahkan masa pembedahan dijalankan dan aku sendirian menunggu ibuku di bilik pembedahan yg mengambil masa selama 8 - 9 Jam. Walaupun penat tp aku tetap terus menunggu kerna aku ingin melihat sendiri ibuku selamat. Airmata aku mencurah2 jugak saat aku menolak ibuku masuk ke dalam bilik pembedahan dan ketika itu ibuku lena dibuai mimpi dek kena bius. Dalam penungguan itu berzikir dan berdoa tetap kuar dari mulutku kerna aku yakin akan kebesaran Kekasih Hati (Allah swt)..


Wednesday, June 20, 2012

Ke mana hilangku.....

Entah kenapa sejak akhir2 ni hati aku gundah gulana
terlalu banyak kekeliruan dlm hatiku
Antara aku dan putra telah berakhir
tetapi dia tetap menjadi insan yg istimewa dlm hatiku iaitu Sahabat
Dia juga ada memesan padaku
jika ada ape2 permasalahan, dia sentiasa disekelilingku
carilah dia jika aku benar2 perlukan teman

Kini aku seperti dulu dalam keseorangan dlm hati
tiada sape yg mampu duk dlm hatiku
pernah jugak aku terlintas memikirkan persoalan Cs' Amy
Apakah perasaanku pada si comot????secara jujur
tidak ku nafikan si comot adalah lelaki yg baik tingkah lakunya
tgk sahaja cara dia gelak, cara bercakap so sweet
untunglah mana2 gadis yg dapat si comot
Pernah jugak ku bersujud mengadu pada Allah swt
Apakah perasaan ku pada si comot??
mmg tiada jawapan dan yg menjadi tanda taye aku keliru ngan hatiku
biarlah Allah swt yang menentukan
tiada harapan yang ku simpan utk memiliki si comot
mgkn pengalaman harapan utk memiliki cahaya membuatkan aku redha
jika si comot jodohku insya allah akan tetap disatukan denganku
dan jika bukan aku redha mungkin Allah swt telah simpankan seseorang utkku.

FB kini telah ku deactive kan???why???
cause byk berikan aku impak negatif.
Apakah impak itu??hanya diriku dan Allah swt yg tahu
biarlah aku teruskan dengan blogku ini
sekali sekala dapat menajamkan penulisanku
si comot pun dah ku kurangkan ber sms
bukan sb aku dah jauh hati tp aku tidak ingin ada perkhabaran yg kurang baik
mulut ni mampu binasakan hubungan seseorang
maafkan sy si comot kerna awk terlalu baik (Cs'Amy : bukan berputus asa ye sb Sang Perindu..hehhee)
gadis2 di luar sana pun mampu memiliki si comot...

Sekarang aku memperbetulkan hati dan jiwaku
banyak perkara mengubah diriku
banyak peristiwa mengajarku
ku ingin kembali padaNYA
dan ku ingin cinta ini untukNYA
cinta manusia kan ku miliki jika insan itu Cinta kerana ALLAH swt..






Sunday, June 17, 2012

CInta kerana Allah...(episode1)

Laju je tangan aku untuk menulis blog ni. Entah kenapa ketika aku mencari sinopsis Cinta Sepanjang Hayat. Ku bertemu dgn blog ni cinta tak bernoktah. Disaat ku baca airmataku berlinang kerna cerita ini sama seperti cerita kehidupanku sebelum ini. Jom kita imbas kembali cerita itu (siapkan tisu disebelah ye) agar ianya sentiasa ingatkan aku dlm bercinta perlu memilih Cinta kerana Allah swt bukan kerana nafsu kekal selamanya....

Since aku form 1 ibuku sudah mulai sakit kaki gara2 demam panas ketika berkerja  di kem Askar n9. Ketika itu ibuku masih bisa berjalan seperti orang normal tetapi tatkala membersihkan rumah mahupun membasuh kain pasti tangan dan kakinya akan bengkak. Aku la insan yg akan mengambil alih semua tugasnya wpun ibuku garang tidak seperti ibu2 yang lain tapi garangnya amat bermakna untukku skrg kerja seorang suri rumah adalah kerja rutinku dan kini menjadi kerja yang paling aku minati

Hari demi hari berganti minggu berganti bulan dan berganti tahun, kaki dan tangan ibuku still begitu pabila berendam dgn air mahupun duk dlm sejuk akan membengkak dan saat itu ibuku sukar utk melakukan kerja2 hariannya tetapi betapa cekalnya hati ibuku untuk menambah pendapatan ayahku dia sanggup bekerja menjadi tukang masak disek rendah. Alhamdulilah sek itu hanya dpn perumahanku. Tambahan pula, ibuku tegar bangun pagi utk menyiapkan nasi lemak dan kuih muih utk dijual mmg aku anak perempuan yg diharapkan mereka so aku diajar bangun seawl 4 pagi ( remaja lain ketika itu asyik dibuai mimpi indah) bagi membantu membungkus nasi lemak dan menggoreng kuih2 mmg tanganku ada skill utk membungkus kot sb bungkusan aku pasti dipuji pelanggan kerna kekemasannya.

Ketika aku form 3, aku sudah mula pandai bawak moto. Maklumlah aku ni pantang nmpk abg2 lebih pandai so aku pun nk jgk mcm diorg. Dah macam anak lelaki aku ni tp mmg aku seakan2 anak lelaki kerna semuanya pasti jatuh ke bahu aku samada membuat kptsn, menegur ataupun membantu keluarga menambah pendapatan. Satu hari, ibu ku ingin ke kedai, so aku merelakan hati utk membawa ibuku. Dalam perjalanan ke kedai seberang jalan, sepatutnya aku ikut jalan raya tapi sb x pakai helmet so aku decide guna jambatan (dah pendek tp x sedar diri). Ibuku dah tegur supaya gunakan jalan besar, maklumlah nk jadi sehebat abgku jadi ku teruskan niat itu. Disaat2 aku meniti jambatan entah mcm mane kaki ku terasa atas angin dan akhirnya aku serta ibuku jatuh ke dlm longkang. nasib baik, along aku ada ikut dari belakang cause dia rasa x sedap hati. alhamdulilah x jadi ape2 tp masa tu seminggu kot aku x makan sb rasa bersalah dan takut. kalau nak tahu, aku adalah anak mudah nangis dan cepat takut ngan family. kalau ada keslhn yg aku lakukan dan pabila kena marah cnfirm seminggu blh buat aku x makan. betapa sensitifnye hatiku padahal luaran nmpk kasar.

agak kelakar bila ingatkan tp kelakar itu yg buatkan aku rasa bersalah sehingga kini kerna disebabkan kemalangan itu, kaki ibuku semakin teruk. Mujur aku masih bersekolah dekat dan kerja rumah semua aku lakukan. Bila malam aku pasti menangis sebab tgk kesakitan yg ibu ku tanggung. lama - kelamaan sakit ibuku itu semakin parah dah akhirnya ibuku mampu duduk di kerusi roda.

# tergantungkan..hehhee...mata dah ngatuk so ikuti kisah selanjutnya nanti....#




Friday, June 15, 2012

Hati.....

mungkin sesape yg blum mengenaliku
tidak akan faham corak perhubungan ku bila rapat dgn seseorang
mmg aku seorang yg peramah dan mudah mesra
yg kelakar bila diorang mengatakan aku manja
padahal bila aku bersama keluarga
aku lah anak yg suka berdikari tanpa menyusahkan sesiapa

Qema adalah kawan / sahabat yg memahami
segala kegembiraan, kedukaan dan keperitan yg pernah aku lalui
aku mmg wanita yg rapat dgn lelaki
dan bila ku rapat tidak semestinya org itu yg ku cintai
cukup la selama ini aku disakiti dan ditinggalkan oleh lelaki

tidak pulak aku membenci lelaki
jika berkaitan jodoh ku serah semuanya pada Allah swt
DIA tahu mana yg terbaek utkku
tatkala itu aku juga berusaha tapi tidak terlalu desparate
aku ingin kan seseorang yg boleh membimbing ku ke jalan Allah
tak kesah la kalau insan itu bukan ustaz
kalau ustaz orangnya Alhamdulilah kerna mampu membimbingku
jika ianya bukan ustaz tp ada ilmu agama dlm dirinya
sudah memadai utkku..
kerna aku ingin insan yang baru dilahirkan nanti
dpt bimbingan sempurna dariku dan suamiku

Cuma skrg ape yg dlm hatiku hanya Allah swt
niat utk berkahwin mmg ada
tp aku berserah..
jika benar ada yg ingin melamarku
melamarlah depan ibu dan ayahku
kerna mereka berhak membuat kptsn kehidupanku
kerna pilihan mereka pasti tidak salah
cukup aku tersalah langkah
dan tidak sesekali aku ulangi
utk melukakan hati ini dan hati ibubapaku....

jadi salah ke aku berkawan rapat dgn insan yg berlainan jantina
tidak sesekali aku ingin merampas
dan jika benar insan itu sudah berpunya
aku rela mengundurkan diri.....
aku ingin berkawan dan terus berkawan
bercinta biarlah selepas kahwin kerna keindahannya tak terjangka

<3 Senyuman sentiasa dibibirku, Tetapi hati menangis biarlah ku rasa sendiri kerna tidak ku ingin membebankan sesiapa. Jangan lukakan hati insan yg ku sayangi kerna luka itu pasti aku rasai <3



Wednesday, June 13, 2012

Match maker......

Ya Allah, hatiku sgt sakit skrg ni
terlalu byk org tujukan soalan kawen padaku
tak terkata aku dibuatnye
bukan kerna aku takut kisah2 lalu
tetapi aku masih dlm pencarian jodohku
Niat dihati mmg ingin hidup berpasangan
ingin berkongsi suka dan duka bersama
tapi sape yg inginkan aku ini???
sedih tetap ada dlm hati jika ada yg persoalkan ttg jodohku
tp aku pendamkan saje...
diorg x tahu betapa sakitnye hati ni
tp aku serahkan semuanya pad Allah swt kerna DIA memahami ape yg berada dlm hatiku..

Si dia (putra) yg pernah menjadi sebahagian hatiku
kini kami hanya sahabat..
bukan kerna tidak syg tetapi kerna family
biarlah cinta yg dibina direstui keluarga
dan cinta yg dibina tanpa ada rasa kesangsian
Putra ttp menjadi sahabatku kerna dia pernah menemani disaat aku down kerna mslh di tmpt keje
dia menjadi pendengar cerita sedihku
dia penghiburku....
Alhamdulilah kami masih ada ruang utk bersahabat...
wpun kami pernah suke sama suke

Entah kenapa malam ini aku rasa sgt marah padanya
entah knp dia sanggup jadi match maker utkku
aku ada kenali seorang shbtnye dan mmg aku blh serasi
tp x bermakna aku blh menyukai insan itu lbh dari seorang kawan
blh dia berkata "jika ditakdirkan kita tidak ada ape2 hbgn
fikirkan sahabatnye utk jodohku.."
ya allah peritnye rasa ..
aku ni bukan terlalu desperate utk mencari jodoh
dan mmg aku x ada sedikit perasaan pun pada sahabatnye
wpun aku mmg blh serasi dgn cara sabahatnye itu
blh jgk dia kata aku sesuai...

saat aku hntr dia pulang dan aku kembali ke rumah
menitis air mataku...
ntah knp terasa sebak yg amat sgt..
aku terus merindui anakku..
kerna mereka yg mampu mendamaikan hatiku kini
kenapa mesti jadi padaku???
sape yg tidak ingin berkawen??
kalau ada yg benar2 ingin mengambil ku sbgi isteri
pasti akan ku terima tetapi akan ku lihat agamanya
kerna ku inginkan seorang suami yg mampu membimbingku ke jalan yg benar
bukan paras rupa mahupun harta yg ku kejar
cukuplah itu semua ku kecapi dlm dunia
skrg aku ingin kan kekayaan akhirat...

ya Allah, kadang2 hambamu ini lemah dalam ujianMU
jika ada insan yg bisa membantu dan memimpin ke arahMU
pertemukan lah kami dan satukan kami
Aku ingin dipimpin dan dibimbing
tatkala itu juga aku ingin kesunyian dan kegembiraan ku dikongsi
bersama insan yg halal disisiku....

:: Aku perlu kuat dlm tempuhi semua ini, ceriakan hidupku dengan senyuman ::

Si comot......

si comot....unikkan namanya
knp aku beri nama dia comot????
hahhaa....gelak terguling2 atas padang...(mati pulak rumput tu..)
mgkn sbb si comel layak utk aku..
adoi....jatuh katil la jawabnye ni..
org jatuh cinta aku jatuh katil siap tilam vono lagi..

flashback balik knp nama si dia ialah si comot
orangnya sopan santun..
tutur kata sangat sopan dan sedap didengari..
sesuai ke nama si comot??? (sila bca ngan nada manja)
cara pemakaian x la comot tp ada la sikit2...
maklumlah aku ni suke org skema
plg suke kalu ada jejaka pakai kemeja bertali leher
subhanallah betapa hensemnye wpun paras rupa x seberapa (poyo la ayat ni)
sesuai ke nama si comot???
kite tinjau cara dia makan
wah dashyat jugak aku ni siap intai2 cara si comot makan
spjg perkenalanku dgn si comot,
cara dia makan sgt2 aku suke...
smpi tergamam la....
terlalu sopan kalah pakwe2 aku sebelum ni (ramai jugak peminat aku, saje je jual mahal)
sesuai ke nama si comot???

sebenarnya nama ni diberi saje2 je...
tp cute jgk nama ni...
sb dia cute sgt
cara bercakap, cara sebut yg tersasul, cara gelak
mmg sgt cute...
so nk pgl si cute t ingt jambu pulak
so pgl la si comot....
comot & comel..
wah mantap gitu......
blh buat drama ni..hahaha..

sekian cite comot & comel
tiada kena mengena yg hidup mahupun yg mati
tetapi siapakah si comot????
meh kite cari sama2...
sape2 yg berkenan dan telah berjaya dptkan si comot
alhamdulilah kerna dia mmg layak utk seorang gadis yg baik....




Monday, June 11, 2012

Today the best day...

cepat je tanganku untuk menulis dlm blog ni
x sbr2 utk tgu hari sok
mgkn kerna otak dok penuh sarat dgn idea..hahaha
why i said today the best day
cause....
at 5.30 am...aktivit pertama bawak kete mghala ke broga
kul 6 lbh pendakian broga bermula
tp menyedihkan hati kerna dah 2 kali naik
tp still x dpt tgk sunrise...
hati sedih sgt tp buat2 biasa je...
ntah knp aku terlalu sgt melihat sunrise.??

x pe bersabar..usaha lg utk pendakian seterusnya
jgn mudah give up ye cahaya rifdah..:)
habis pendakian dlm kul 9 lbh
yg best sgt..kami ni riuh mcm satu kampung nk dgr cite kami
tp best sb time tu sebenarnya utk mhilangkan rasa stress
apa jua yg berlaku....

planning nak ke sg.tekala tp terlps.
so Sang Perindu terus ke sg.congkak
but aku mmg malas nk g sana
meneruskan perjalanan balik ke rumah
& continue planning seterusnya
planning ke 2 bermula kul 2 after lunch
4 tmpt kami jelajah Midvalley - PWTC - Plaza lowyard - Tasek Selatan
mmg terbaek la...thank ye Sang PerinduQaseh Suchee & seseorang...
First time ronda2 KL..hahhaha
tp mmg best.......
thank ye semua.....

Friday, June 8, 2012

Homemade chocolate....

Gembiranya tak terkira dpt buat homemade coklat
ingatkan susah sgt ...
senang n ringkasx perlu menunggu masa yg agak lama
cuma lepas ni nk tambah sikit yg lain
maybe blh selang seli ngan warna yg berbeza...

ini lah aku yg sememangnya gemar memasak
lg2 bila masak dpt puaskan hati org
terasa senyum dihati lebar je
sebab org sekeliling memuji
lagi hapy if org tersyg puji
dan makanan tu habis dijamah
senyumannya tak terkira lamanya..hehhe..

Thank pada my frenz Fardilla
teman g beli brg2 nk buat homemade coklat
teruja g pasaraya hero
yg menyediakn alat bakeri yg lengkap
lepas ni brg nak buat biskut raya
confirm beli kat situ..
lagi best aku blh try mcm2 resipi...

:: Bahagia bila masak dgn hati yg penuh kasih sayang dan gembira serta senyuman ::
Jangan lupa mulakan dgn bismillahirrahmanirahim dan selawat..Insya diberkati dan lazat tak terkira


Jom tinjau gmbr homemade coklat i..ada satu je..yg lain x sempat nk amik dr phone my frenz..

Permintaan seorang gadis.....

‎[♥] Awak boleh cinta Allah & Rasulullah dulu sblm cintai saye ??
[♥] Awak boleh imamkan solat saye ??
[♥] Awak boleh bimbing saye mencari Cinta Illahi ?? 
[♥] Awak boleh bimbing saye dlm menuju Syurga hakiki ??

Bahagianya seseorang wanita jika benar2 menemui insan seperti ini.
Mampukah seseorang itu memenuhi segala permintaan gadis ini?

Jika diriku ditempat gadis ini, mmg itu yg ku cari kini
Kini hatiku ingin mendekati Allah swt
mgkn gadis di luar sana juga sedemikan rupa
menginginkan lelaki yg mampu memenuhi permintaan seperti di atas

mungkin sukar tetapi tidak salah jika kita bermua dari skrg
atau saling bantu membantu
dalam membentuk hati menuju ke jalan Allah swt
Bukan harta mahupun paras rupa yg ku impikan
tetapi agamanya....
kerna ku inginkan
ada insan lain memimpinku ke jalan Allah
dan insan itu adalah SUAMIku...

lelaki yg benar2 cintai kita
adalah insan yg benar2 melamar kite terus
utk menjadi pelengkap tulang rusuknya
jika hanya utk bercouple tinggalkan shj
kerna dia blm tentu jujur utk mengalas tanggungjawab sbgi suami
dan insan seperti itu pasti akan meninggalkan kite satu hari nanti

:: Jadi pilih yg mana terbaek, jika diriku akan ku pilih lelaki seperti di atas dan kini ku berdoa agar dipertemukan insan seperti ini dlm hatiku. Insan ini juga akan mewarnai hidupku serta membimbingku ke jalan yang benar ::










Thursday, June 7, 2012

Jodohku....

Knp ye aku post tajuk ni??
Adakah aku sudah berpunya??(tersenyum srg2) :)
aku masih begini solo tanpa seseorang dalam hatiku
Kalu ditanya adakah aku sudah bersedia utk pikul tanggungjawab?
jwpannya Yaaaaaaaaaaa....(bersungguh2)
Tp sapekah bakal menjaga dan mendidikku ke jalan Allah
serta membina Masjid yang utuh??
masih menjadi tanda taye pada diriku 
dan itu semua ku serahkan pada Allah..

Jejaka hensem (helmi) "kawen la cepat". I said "mcm mane nk kawen bukan ada calon"
JH said again "cari lah". I balas semula "x nak la sebab cukup masa silam menyakitkan, skrg serah pd Allah swt". U know what he said "perlu berusaha baru serahkan pada Allah". Disaat itu juga, hati sedih sb aku dah berusaha tp semuanya tidak mampu utk memimpinku dan lagi sedih yg pernah ku impikan dialah bakal suamiku akhirnya meninggalkanku tanpa rasa bersalah dlm diri. Ku terima segala kekurangan diri tp lelaki di luar sana mampu ke menerima kekurangan ku ini. So now aku serahkan semuanya pada Allah. biarlah dia pertemukan aku dengan insan yg benar ditakdirkan utk bersamaku. Sape, Bila dan Di mana?hanya doa yang kudambakan.

Kini aku ingin blaja mendekatiNYA dan snts mencintaiNYA. Dulu aku kekurangan itu semua dan sukar untuk aku ke depan. Dulu ku harapkan ada insan yang membawa aku ke arah itu tp biarlah waktu ini aku blaja berdikari membawa dan membentuk ke arah yang benar. Mungkin t satu saat akan hadir yg menghulurkan tangan memimpinku. Di satu saat yg lain, lahir insan baru di mana aku dan si dia akan memimpin insan2 baru itu..Pasti ketika itu kebahagiaan akan melimpah ruah dan rezki jangan dikata lah..

Begitu Indah khayalanku tp Insya Allah pasti akan termakbul jika kita istiqamah pada SIDIA Maha Agung. DIA lebih mengetahui apa dalam hati kita.....I LOVE ALLAH swt.


Wednesday, June 6, 2012

Credit Card....

Ape kelebihan credit card???
Time masa blaja dan masa aku keje part time
mmg habis - habisan aku membantah tidak menggunakan credit card
akhirnya bila dah ada komitmen yg x dijangka2
mmg credit card itu amat perlu..
lagi2 bila komitmen bertambah dgn adanya Rifdah (car)

Duit minyak mampu untuk cash
tp bila time maintainance
fuhhh...berpeluh2 aku fikir
siap buat bajet n terfikir2 kena buat part time keje
ada tu suara sedih call my mom minta bantuan

Masa x ada car gatal sgt nk car
tp bila dah ada rasa rela jalan kaki..hehhehe
Tp Rifdah dah byk jasa
kalu bkn kena rifdah aku x dpt kerjaya skrg ni
alhamdulilah.......(sory rifdah)

So skrg ni credit card hanya utk rifdah shj ye
x ada utk perkara2 bukan2
padahal dlm hati kata
nak beli ape guna credit card padahal bila shopping migrain
dan aku mmg org yg x suke shopping
lagi berdandan...rela je aku pakai baju kurung
lagi pulak baju kurung semuanya buat sendiri
hahahha....mmg pelik la...

Berbelanja biarlah berpada2 tapi saving mmg patut berlebih2
utk masa hadapan..
(tiba2 dlm otak)....
"blh tak credit card guna utk duit hantaran kawen..hahhahaha"


Tuesday, June 5, 2012

Saat petang Saat untuk balik umah....

Selesai sudahku solat asar
nak solat di rumah takut x terbuat
maklumlah kdg2 terlepas jgk(manusia x sempurna)
dek kerna jalan jammed, dek kerna singgah mane2(tesco), dek kerna penat
so afdal selesaikan di office
lagi pulak time balik kul 5.30pm

ntah knp tiap kali ptg mesti ada gangguan fikiran
mcm2 yg difikirkan
kini difikirkan sesuatu yg x pasti
tp mcm pernah berlaku
x pe la aku simpan rapi dlm hati
mungkin masih samar2

cuma ku serah pada Allah
kerna skrg DIA lah kekasih hatiku
DIA juga kekasih hati utk slamanya
DIA juga kekasih hati yg utama

Di saat aku berzikir, terlintas utk menutup yg seharusnya
berpakaian jubah, hijab yg sesuai, berstokin, bersarung tangan dan berpurdah
tp bila fikirkan diriku seorg lecturer math
mgkn berpurdah itu agak sukar
tp bila yg lain itu mendahului....
dalam memikir yg itu
terfikir jugak agak2 dpt tk seorang teman hidup
yang menggalakkan ku berpakaian sedemikian rupa
dan dpt pujian darinya...
mesti hati gembira x terkira....Syukur..


Kesakitan ......part 02

Semakin hari semakin teruk pulak sakitnye ni...
skrg dah mula muntah2...
tiap kali ada makanan masuk confirm kuar balik
adoii.....terasa sakitnya menahan muntah tu...

bila nak sembuh nie...
syuh..syuh...pergi jauh2 sakit...
jgn ggu badan aku..(mcm blh dgr pulak)
hhahhaa.....
maybe after pendakian bukit sembuh kot..
cpt la hari ahad..
dah x sbr nak naik ni
lagi2 ada beli kasut baru..
hehehe..berkobar2

kali ni plan betul2 so blh bawak makanan
habis trn g mandi
n kelah sekali...
lunch terus kat tmpt mandi..
terbaek la...
3 dalam satu (daki, mandi, lunch)

semoga cuaca cerah dan guider kami x ada mslh
kalau dipujuk rayu guider tu cnfirm x ada mslh..
cian dia..
dah la asyik digosipkan but
we still frenz cause dia mmg suke buat aktvt yg aku suke
so hobi yg sama.....
skrg ni kena kuatkan antibodi badan semula
memulakan pendakian...cayok2...

Monday, June 4, 2012

Imbas kembali zaman blaja Uitm Machang.....

Entah kenapa cepat je jari jemari ni
capai mouse klik pd picture zaman degree...
ape lagi penuhi masa tgk balik gmbr2 tu
rasa tergelak pun ada sb byk sgt reaksi kelakar
lagi2 bila bersama Dinan, Jue, Faz & Qema...

Diorg kawan yg sejati
bila aku sedih, gembira mahupun terluka
diorg yg ubati aku
untuk teruskan hidup aku....
Disaat aku menamatkan pengajian
peristiwa yg x mampu aku lupa
sesuatu yg amat dalam lukanye....
lagi2 bila melibatkan family dua pihak

x ingin aku mengingati ape yg berlaku
cuma thank ye my frenz...
give me support for my life...
jom kite tinjau2 gmbr yg ku pilih secara rawak
Junior dan senior..
Senior berbalut tangan..huhuhu
rembat bear jue....
so sweet bear ni
tp x ada org nk bagi..huhuu
ketika zaman degree...
masa ni masih keanak -anakan
<3 :: <3


nmpk sgt aku ni kecik..hehehe
my best frenz Dinan...
comel kan
kemesraan bergambar dlm kete..
cian yg dpn x leh masuk



pasukan bola sepak pantai...
cuti sem so cuti2 msia..(terengganu)
first time duk hotel...
sgt sejuk..

keghairahan utk bergmbr
smbil melompat
akhirnya..hahah..sakit perut x terkata



sempat posing maut...
berempat..me, qema, faz & jue..
manjanya faz..


my president..
tanpa s/u (aku lah)...susah jgk
dia nk berkerja sendiri....
power aku ni
semangat utk perbarisan

gara2 main bola
akhirnya tangan terseliuh
berbalut la..huhuhu
my favourite number..9


Team Bachelor stat
subhanallah cantik suasana pagi...



Sunday, June 3, 2012

Aktiviti malam saat demam....

Akhirnya dapat jugak g taman tasek titiwangsa
tgk panaroma malam kl yg indah
jauh dari riuk piuk kota..
jauh dari bunyi bising kenderaan..
wpun ianya ditengah kl tp still sunyi tanpa bunyi bising

entah, itu yg mendamaikan hatiku
bila girl lain stress so ape lagi shopping
berlainan dari aku yg lebih mencintai alam
kalu stress tmpt slalu g taman tasek titiwangsa
atau pun taman2 area putrajaya...

itu lah port yg dpt berikan aku ilham dan berikan aku udara yang segar
Shopping menambahkan migrain padaku
semua girl ckp, untung laki aku
padahal aku cemburu sebab x ada nikmat shopping
tp x pe la janji aku ada tmpt utk gembirakn hatiku...

wpun dlm keadaan x sehat still g jugak..hehehe
degil kan aku ni...
nasib housemate nak teman...
g sorang2 takut jgk....(mcm berani je)
x sempat nk amik pic..so amik dlm internet je panorama tasek ketika waktu malam
sempat jgk tgk kereta control drift..
dan tgk anak muda sambut besday  with their frenz...heheh :)
ketika waktu malam hanya cahaya2 lampu dari kotaraya
angin sepoi2 bahasa
pastikan jgn berdua dlm gelap t takut kena tangkap khalwat
tmpt drift kete control..tp biasa tgk malam best tau...
seronok utk habiskan masa dari buat perkara2 yg x bagus..
meh kite tgk kete drift...

Kesakitan......part 01

Dah nak masuk 5 hari keadaan aku still begini..
badan sekejap panas sekejap sejuk
Selsema dah kurang but duk dlm aircond
confirm berair hidung n bersin...
sok dah keje...kena spare towel kecik
tekak dah ok tp dtg balik sakit...
siap muntah....penatnye mcm ni

Dalam hati rasa sedih sgt sb susah nak buat keje
lagi2 dengan keadaan sebegini..
tapi fikir semula
ada sebab Allah berikan kite sakit
DIA mahukan kite mengingati DIA
kerna bila sihat kite lupa DIA
bila sakit masa tu rasanya terlebih2 doa

So kite manusia perlu istiqamah dalam bersujud padaNYA
x kira sakit mahupun sihat
sakit juga menghapuskan dosa2 kecik
begitu Maha Menyayangi Kekasih hati kita (Allah)
tidak pernah menzalimi umatNYA
malah Mengampun segala kesalahan umatNYA

Saat sakit begini aku seakan org mengidam
mcm2 nak makan janji dpt makan
kalu x dpt aku nangis( org kata cengeng)
pelikkan.....
itu lah aku bila dah sakit
sebab tu susah nak sakit kot..hehehhehe...

Saat mendaki bukit tabur

Sebenarnya nak letak gmbr2 masa bukit tabur
& coretkan something dlm blog i ni
tp sbuk yg amat (padahal berFB)..hehe
skrg nk postkan...tgk2 la aksi2 terlebih biasa


Dipertengahan mendaki Helmi, me & Cs'Amy
semangat makan lolipop utk tenaga...
mmg terbukti masa daki gunung angsi ye..

3 Dara pinggitan yg comel..
paling comel pastilah aku..ahahha :P

sempat posing ye Cs'Amy
maklumlah dah lam x mendaki

setia kawan..menunggu Cs'amy..hehhe..

semangat bergmbr..
mamat bawah tu malu2 pulak

"Masamnye lolipop, expired rasanya" kata Cs'Amy..:D

ada ape2 ke..siap amik gmbr Cs' Amy..jeng2...

Hero Cybernetics yg hensem....mai2
jgn smpi terlepas..hehhee

Subhanallah..cantikkan panorama ni
semoga kekal...

Penaorama KL...krg minat utk melihat lama2

Jane & Cs'Amy

sesuai tak..hehheeh....Me & Helmi
(gurauan je)

Laluan org kerdil..so cute

Hensemnye..anak sape la ni
berdebar hati ni..hehhehe

sabar ye Cs' Amy...
jgn takut

Mencabarnye x terkata...

Siap posing...
last2 Helmi salah teknik..hahha :P

Cantikkan...

Helmi, me & Cs'Amy
saat turun..

suke sgt gmbr ni...kenangan

Masa gembira setelah habis pendakian
so ape lagi jom g mandiiiiiiiiiiiiiii

Nampak sgt x pernah jumpa air..
teruja yg amat ye Cs'Amy

Adoi...babak manja
bergurau dengan buaian...
tp mmg seronok..thank ye En.helmi

Perlawanan lawan air...

Pemenang blh diketahui..jeng2

Ni masa kecik2 x pernah main buaian...
so sweet...:)

Manja2 gitu..

Cuci kaki tu kak...
jgn sampai cagu kekal..hahahha

Pulang dgn slmt wpun cuaca buruk
tapi sgt seronok...
thank u olls
Serba sedikit gmbr yg diambil sepanjang satu hari aktiviti kami...Cuma agak mencabar mendaki bukit tabur barat...tgu 10hb utk Bukit tabur Timur..x sbara rasanya dan kali ni mmg bawak spare baju n makanan lebih2 so blh la kelah sekali...dah lama x masak utk berkelah..ada sape2 rasa teruja dgn pendakian ini..meh join kami...seronok tau...hope cuaca elok masa plan ke bukit tabur timur....itu aktivti yg berikan aku rasa kegembiraan, ketenangan dan kedamaian..seakan2 aku sebati dalam dunia begitu.....jauh dari riuh rendah KL
aktiviti
Pandan mewah - Taman melawati (amik jejaka hensem) - bukit tabur barat - kemensah (mandi manda) - Masjid (solat dna bersihkan diri) - pasar taman melawati (lunch) - Pulang.....:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...